Wednesday, 28 September 2016

SOALAN STRUKTUR (Model 1)

Rajah berikut berkaitan dengan pihak yang terlibat dalam proses pilihan raya di Malaysia.

PILIHAN RAYA
·   Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
·   Calon
·   Pengundi

(a)     Apakah tugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
 [2 markah]

(b)     Berikan dua keadaan yang menyebabkan seseorang itu tidak layak menjadi calon untuk bertanding dalam pilihan raya.
[2 markah]

 (c)    Nyatakan syarat yang perlu dipatuhi untuk membolehkan seseorang itu mengundi dalam pilihan raya.
[2 markah]

(d)     Sebagai rakyat Malaysia yang patriotik, kemukakan hujah anda untuk menyokong kepentingan amalan pilihan raya dalam negara demokrasi.
 [2 markah]

(e)     Pada pandangan anda, apakah usaha yang boleh dilaksanakan  untuk mewujudkan pilihan raya yang telus di negara kita ?
 [2 markah]

SOALAN STRUKTUR (Model 2)

(a)     Apakah maksud pilihan raya ?
[1 markah]

(b)     Nyatakan perbezaan antara pilihan raya umum dengan pilihan raya kecil.

         (i)   Pilihan raya umum
[1 markah]

         (ii)  Pilihan raya kecil
[1 markah]

 (c)    Mengapakah pilihan raya kecil diadakan ?
 [2 markah]

(d)     Jelaskan syarat yang membolehkan seseorang itu menjadi calon untuk bertanding dalam pilihan raya.
[3 markah]

(e)     Mengapakah setiap warganegara harus melibatkan diri dalam proses pilihan raya ?
 [2 markah]

SOALAN ESEI

Pilihan raya di Malaysia dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur.

(a)     Jelaskan peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
[4 markah]

(b)     Terangkan proses pilihan raya di Malaysia
[8 markah]

 (c)    (i)   Mengapakah pilihan raya menjadi amalan penting dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi ? 
                [4 markah]
     
         (ii)  Pada pandangan anda, mengapakah pilihan raya perlu dilaksanakan secara telus dan teratur ?
[4 markah]

JAWAPAN STRUKTUR (Model 1)

(a)     Apakah tugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

·         Menentukan sempadan pilihan raya
·         Menjalankan pendaftaran pemilih
·         Mengendalikan pilihan raya
·         Menjamin pilihan raya yang adil
·         Menjamin pilihan raya yang bebas
 [2 markah]

(b)     Berikan dua keadaan yang menyebabkan seseorang itu tidak layak menjadi calon untuk bertanding dalam pilihan raya.

·         Bukan warganegara Malaysia
·         Berumur kurang daripada 21 tahun
·         Tidak bermastautin di Malaysia
·         Tidak sempurna akal
·         Muflis
·         Masih memegang jawatan dalam perkhidmatan awam
·         Pernah didenda lebih daripada RM 2 000.00
·         Pernah dipenjara lebih daripada 12 bulan
·         Membuat akuan taat setia kepada negara luar.
 [2 markah]

(c)     Nyatakan syarat yang perlu dipatuhi untuk membolehkan seseorang itu mengundi dalam pilihan raya.

·         Namanya terdapat dalam Senarai Daftar Pemilih.
·         Berumur 21 tahun.
·         Bermastautin atau tidak bermastautin di Malaysia
·         Tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya Dewan Rakyat atau DUN.
·         Boleh mengundi dalam sebuah kawasan pilihan raya sahaja.
 [2 markah]

(d)     Sebagai rakyat Malaysia yang patriotik, kemukakan hujah anda untuk menyokong kepentingan amalan pilihan raya dalam negara demokrasi.

·         Melibatkan rakyat dalam pemerintahan negara
·         Mengekalkan amalan demokrasi
·         Memilih kerajaan yang berwibawa
·         Memilih wakil rakyat yang berkebolehan
·         Menjamin pemerintahan yang adil
·         Memastikan pentadbiran berjalan lancar
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]

(e)     Pada pandangan anda, apakah usaha yang boleh dilaksanakan untuk mewujudkan pilihan raya yang telus di negara kita?

·         Menggunakan Senarai Daftar Pemilih yang terkini.
·         Memberi peluang sama rata kepada calon bertanding untuk berkempen
·         Memberi ruang kepada semua parti politik menggunakan media arus perdana.
·         Mengadakan debat antara calon yang bertanding.
·         Mengelakkan amalan politik wang dalam pilihan raya.
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]

JAWAPAN STRUKTUR (Model 2)

(a)     Apakah maksud pilihan raya ?

·         Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat sama ada di peringkat negeri atau persekutuan.
·         Pemilihan dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur.
·         Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan.
·         Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang.
 [1 markah]

(b)     Nyatakan perbezaan antara pilihan raya umum dengan pilihan raya kecil.

         (i)   Pilihan raya umum

·         Diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri
·         Diadakan serentak di seluruh Malaysia
·         Di Sabah dan Sarawak, pilihan raya umum bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri diadakan secara berasingan.
 [1 markah]

         (ii)  Pilihan raya kecil
       
·         Diadakan apabila berlaku kekosongan mana-mana kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
·         Kekosongan mungkin disebabkan kematian, perletakan jawatan dan perlucutan jawatan.
·         Diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak
 [1 markah]

(c)     Mengapakah pilihan raya kecil diadakan ?

·         Kekosongan kerusi Parlimen atau DUN
·         Kematian wakil rakyat
·         Perletakan jawatan wakil rakyat
·         Perlucutan jawatan wakil rakyat

·         Warganegara Malaysia
·         Berumur 21 tahun
·         Bermastautin di Malaysia
·         Sempurna akal
·         Bukan seorang muflis
·         Tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam
·         Tidak pernah didenda lebih daripada RM 2 000.00
·         Tidak pernah dipenjara lebih daripada 12 bulan
·         Tidak membuat akuan taat setia kepada negara luar.
 [3 markah]

(e)     Mengapakah setiap warganegara harus melibatkan diri dalam proses pilihan raya ?

·         Melibatkan diri dalam pemerintahan negara
·         Mengekalkan amalan demokrasi
·         Memilih kerajaan yang berwibawa
·         Memilih wakil rakyat yang berkebolehan
·         Menjamin pemerintahan yang adil
·         Memastikan pentadbiran berjalan lancar
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]

MAJLIS RAJA RAJA

Keanggotaan Majlis Raja-raja
1.      Majlis Raja-raja terdiri daripada sembilan orang raja Melayu dan empat orang Yang di-Pertua Negeri.

2.      Pemangku raja bagi negeri Yang di-Pertuan Agong akan mewakili negeri baginda dalam Majlis Raja-raja.

3.      Yang di-Pertuan Agong hanya menganggotai Majlis Raja-raja
a)      pada hari kedua masyuarat Majlis Raja-raja
b)      sewaktu mempertimbangkan hal-hal agama Islam, amalan adat istiadat, dan hal-hal berkaitan dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, atau kebesaran raja-raja.

4.      Tempat raja atau Yang di-Pertua Negeri dalam Majlis Raja-raja boleh diwakili oleh orang lain jika terdapat peruntukan dalam perlembagaan negeri itu.

Mesyuarat Majlis Raja-raja
1.      Permintaan untuk mengadakan mesyuarat Majlis Raja-raja boleh dibuat oleh:-

a)      Yang di-Pertuan Agong
b)      tidak kurang daripada tiga orang anggota Majlis Raja-raja

2.      Majlis Raja-raja biasanya mengadakan mesyuarat tiga kali setahun.

3.      Setiap mesyuarat itu berlangsung selama dua hari setiap kali.

4.      Sebelum mesyuarat itu, Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri bertemu untuk menyediakan kertas kerja yang dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja.

5.      Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri akan mengiringi raja atau Yang di-Pertua Negeri masing-masing untuk menghadiri mesyuarat Majlis Raja-raja pada kedua-dua hari.

6.      Yang di-Pertuan Agong menghadiri mesyuarat Majlis Raja-raja pada hari kedua dengan diiringi Perdana Menteri.

7.      Pengerusi Majlis Raja-raja dipegang oleh raja setiap negeri secara bergilir-gilir.

8.      Apabila Majlis Raja-raja menimbangkan perkara-perkara tentang dasar Negara, Yang di-Pertuan Agong hendaklah disertai Perdana

Menteri, raja-raja disertai Menteri-menteri Besar, dan Yang di-Pertua Negeri disertai Ketua-ketua Menteri.

9.      Mesyuarat Majlis Raja-raja hanya dihadiri oleh sembilan orang raja jika mesyuarat itu adalah untuk menimbangkan:
a)      pelantikan dan pemecatan Yang di-Pertuan Agong
b)      pemilihan Timbalan Yang di-Pertuan Agong
c)      keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, dan kebesaran raja-raja.
d)     Perbuatan, amalan, atau upacara agama Islam

Tugas dan Kuasa  Majlis Raja-raja
1.      Majlis Raja-raja:-
a)       mempertimbangkan soal-soal dasar Negara.
b)      menyetujui atau tidak menyetujui perbuatan, amalan, atau upacara agama Islam meliputi seluruh Persekutuan.
c)      Melantik anggota-anggota Mahkamah Khas Raja-raja
d)     Berkuasa untuk mengampunkan, menggantungkan, atau meringankan hukuman yang dikenakan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau raja oleh Mahkamah Khas Raja-raja
e)      Melantik wakil Majlis Raja-raja ke Majlis Angkatan Tentera
f)       memilih atau memecat Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

2.      Majlis Raja-raja menyetujui atau tidak menyetujui sebarang undang-undang atau pindaan terhadap undang-undang atau Perlembagaan tentang:-
a)      perbuatan dan amalan yang berkaitan dengan agama Islam; meliputi seluruh Persekutuan
b)      keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, atau kebesaran raja-raja
c)      pengubahan sempadan negeri0negeri di Semenanjung Malaysia
d)     kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak
e)      kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum yang lain
f)       bahasa kebangsaan
g)      kewarganegaraan (bukan peruntukan tambahan)
h)      keistimewaan Parlimen

3.      Majlis Raja-raja memberikan nasihat tentang pelantikan:-
a)      Ketua Hakim Negara
b)      Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, dan Mahkamah Tinggi
c)      Ketua Audit Negra
d)     Pengerusi dan anggota-anggota suruhanjaya

4.      Majlis Raja-raja penting dalam penyelarasan soal agama Islam di seluruh Malaysia. Hal ini kerana undang-undang digubal oleh Dewan Undangan Negeri dan dikuatkuasakan oleh Kerajaan Negeri. Oleh itu, akan timbullah ketidakseragaman sekiranya tiada penyelarasan dilakukan.

5.      Perkara 38(4): sebarang undang-undang yang menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, atau kebesaran raja-raja secara langsung tidak boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-raja

 g)      Melantik anggota-anggota Mahkamah Khas Raja-raja
h)      Mengampunkan, menggantungkan, atau meringankan hukuman yang dikenakan terhadap Yang di-Pertuan Agong dan raja oleh Mahkamah Khas Raja-raja

2.      Sebelum membuat kuputusannya dalam hal pengampunan, Majlis Raja-raja hendaklan menimbangkan pendapat bertulis yang mungkin diberikan oleh Peguam Negara.

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja

1.      Penyimpan Mohor Besar Raja-raja ialah orang yang dilantik oleh Majlis Raja-raja untuk menyimpan dan menjaga Mohor Besar Raja-raja.

2.      Beliau juga vertindak sebagai setiausaha Majlis Raja-raja.

3.      Orang yang layak memegang jawatan ini ialah pegawai kana yang masih berkhidmat dengan kerajaan atau yang telah bersara.

4.      Beliau memgang jawatannya selama yang diperkenankan oleh Majlis Raja-raja.

5.      Tugas-tugas Penyimpan Mohor Besar Raja-raja adalah seperti yang berikut:-
a)      Menerima dan mengedarkan kertas-kertas kerja yang hendak dikemukakan dalam mesyuarat Majlis Raja-raja
b)      Bertanggungjawab untuk memanggil mesyuarat dari semasa ke semasa atas arahan Yang di-Pertuan Agong atau Majlis Raja-raja
c)      Menghadiri mesyuarat Majlis Raja-raja dan menyimpan minit-minit mesyuarat
d)     Mengesahkan semua keputusan Majlis Raja-raja
e)      Memaklumkan keputusan pemilihan Yang di-Pertuan Agong kepada Dewan Rakyat dan Dewan Negara
f)       Mengumumkan keputusan Majlis Raja-raja, tarikh berpuasa, tarikh Hari Raya Aidilfitri, dan tarikh Hari Raya Aidiladha