SOALAN STRUKTUR (Model 1)
Rajah berikut berkaitan dengan pihak yang terlibat dalam proses pilihan raya di Malaysia.
PILIHAN RAYA
|
· Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
· Calon
· Pengundi
|
(a) Apakah tugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
[2 markah]
(b) Berikan dua keadaan yang menyebabkan seseorang itu tidak layak menjadi calon untuk bertanding dalam pilihan raya.
[2 markah]
(c) Nyatakan syarat yang perlu dipatuhi untuk membolehkan seseorang itu mengundi dalam pilihan raya.
[2 markah]
(d) Sebagai rakyat Malaysia yang patriotik, kemukakan hujah anda untuk menyokong kepentingan amalan pilihan raya dalam negara demokrasi.
[2 markah]
(e) Pada pandangan anda, apakah usaha yang boleh dilaksanakan untuk mewujudkan pilihan raya yang telus di negara kita ?
[2 markah]
SOALAN STRUKTUR (Model 2)
(a) Apakah maksud pilihan raya ?
[1 markah]
(b) Nyatakan perbezaan antara pilihan raya umum dengan pilihan raya kecil.
(i) Pilihan raya umum
[1 markah]
(ii) Pilihan raya kecil
[1 markah]
(c) Mengapakah pilihan raya kecil diadakan ?
[2 markah]
(d) Jelaskan syarat yang membolehkan seseorang itu menjadi calon untuk bertanding dalam pilihan raya.
[3 markah]
(e) Mengapakah setiap warganegara harus melibatkan diri dalam proses pilihan raya ?
[2 markah]
SOALAN ESEI
Pilihan raya di Malaysia dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur.
(a) Jelaskan peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
[4 markah]
(b) Terangkan proses pilihan raya di Malaysia
[8 markah]
(c) (i) Mengapakah pilihan raya menjadi amalan penting dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi ?
[4 markah]
(ii) Pada pandangan anda, mengapakah pilihan raya perlu dilaksanakan secara telus dan teratur ?
[4 markah]
JAWAPAN STRUKTUR (Model 1)
(a) Apakah tugas
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
· Menentukan
sempadan pilihan raya
· Menjalankan
pendaftaran pemilih
·
Mengendalikan pilihan raya
· Menjamin
pilihan raya yang adil
· Menjamin
pilihan raya yang bebas
[2 markah]
(b) Berikan dua
keadaan yang menyebabkan seseorang itu tidak layak menjadi calon untuk
bertanding dalam pilihan raya.
· Bukan
warganegara Malaysia
· Berumur
kurang daripada 21 tahun
· Tidak
bermastautin di Malaysia
· Tidak
sempurna akal
· Muflis
· Masih
memegang jawatan dalam perkhidmatan awam
· Pernah
didenda lebih daripada RM 2 000.00
· Pernah
dipenjara lebih daripada 12 bulan
· Membuat akuan taat setia kepada negara
luar.
[2 markah]
(c) Nyatakan
syarat yang perlu dipatuhi untuk membolehkan seseorang itu mengundi dalam
pilihan raya.
· Namanya
terdapat dalam Senarai Daftar Pemilih.
· Berumur 21
tahun.
· Bermastautin
atau tidak bermastautin di Malaysia
· Tinggal di
mana-mana kawasan pilihan raya Dewan Rakyat atau DUN.
· Boleh
mengundi dalam sebuah kawasan pilihan raya sahaja.
[2 markah]
(d) Sebagai rakyat
Malaysia yang patriotik, kemukakan hujah anda untuk menyokong kepentingan
amalan pilihan raya dalam negara demokrasi.
· Melibatkan
rakyat dalam pemerintahan negara
· Mengekalkan
amalan demokrasi
· Memilih kerajaan
yang berwibawa
· Memilih
wakil rakyat yang berkebolehan
· Menjamin
pemerintahan yang adil
· Memastikan
pentadbiran berjalan lancar
· Mana-mana
jawapan munasabah
[2 markah]
(e) Pada pandangan
anda, apakah usaha yang boleh dilaksanakan untuk mewujudkan pilihan raya yang
telus di negara kita?
· Menggunakan
Senarai Daftar Pemilih yang terkini.
· Memberi
peluang sama rata kepada calon bertanding untuk berkempen
· Memberi
ruang kepada semua parti politik menggunakan media arus perdana.
· Mengadakan
debat antara calon yang bertanding.
· Mengelakkan
amalan politik wang dalam pilihan raya.
· Mana-mana
jawapan munasabah
[2 markah]
JAWAPAN STRUKTUR (Model 2)
(a) Apakah maksud
pilihan raya ?
· Pilihan raya
ialah proses memilih wakil rakyat sama ada di peringkat negeri atau
persekutuan.
· Pemilihan
dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur.
· Pengiraan
undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan.
· Calon yang
mendapat undi terbanyak dikira menang.
[1 markah]
(b) Nyatakan
perbezaan antara pilihan raya umum dengan pilihan raya kecil.
(i) Pilihan raya umum
· Diadakan
untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri
· Diadakan
serentak di seluruh Malaysia
· Di Sabah dan
Sarawak, pilihan raya umum bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri diadakan
secara berasingan.
[1 markah]
(ii) Pilihan raya kecil
· Diadakan
apabila berlaku kekosongan mana-mana kerusi Parlimen atau Dewan Undangan
Negeri.
· Kekosongan
mungkin disebabkan kematian, perletakan jawatan dan perlucutan jawatan.
· Diadakan
dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sabah dan
Sarawak
[1 markah]
(c) Mengapakah
pilihan raya kecil diadakan ?
· Kekosongan
kerusi Parlimen atau DUN
· Kematian
wakil rakyat
· Perletakan
jawatan wakil rakyat
· Perlucutan
jawatan wakil rakyat
[2 markah]
(d) Sebagai rakyat
Malaysia yang patriotik, kemukakan hujah anda untuk menyokong kepentingan
amalan pilihan raya dalam negara demokrasi.
· Melibatkan
rakyat dalam pemerintahan negara
· Mengekalkan
amalan demokrasi
· Memilih kerajaan
yang berwibawa
· Memilih
wakil rakyat yang berkebolehan
· Menjamin
pemerintahan yang adil
· Memastikan
pentadbiran berjalan lancar
· Mana-mana
jawapan munasabah
[2 markah]
(e) Pada pandangan
anda, apakah usaha yang boleh dilaksanakan untuk mewujudkan pilihan raya yang
telus di negara kita?
· Menggunakan
Senarai Daftar Pemilih yang terkini.
· Memberi
peluang sama rata kepada calon bertanding untuk berkempen
· Memberi
ruang kepada semua parti politik menggunakan media arus perdana.
· Mengadakan
debat antara calon yang bertanding.
· Mengelakkan
amalan politik wang dalam pilihan raya.
· Mana-mana
jawapan munasabah
[2 markah]
JAWAPAN STRUKTUR (Model 2)
(a) Apakah maksud
pilihan raya ?
· Pilihan raya
ialah proses memilih wakil rakyat sama ada di peringkat negeri atau
persekutuan.
· Pemilihan
dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur.
· Pengiraan
undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan.
· Calon yang
mendapat undi terbanyak dikira menang.
[1 markah]
(b) Nyatakan
perbezaan antara pilihan raya umum dengan pilihan raya kecil.
(i) Pilihan raya umum
· Diadakan
untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri
· Diadakan
serentak di seluruh Malaysia
· Di Sabah dan
Sarawak, pilihan raya umum bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri diadakan
secara berasingan.
[1 markah]
(ii) Pilihan raya kecil
· Diadakan
apabila berlaku kekosongan mana-mana kerusi Parlimen atau Dewan Undangan
Negeri.
· Kekosongan
mungkin disebabkan kematian, perletakan jawatan dan perlucutan jawatan.
· Diadakan
dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sabah dan
Sarawak
[1 markah]
(c) Mengapakah
pilihan raya kecil diadakan ?
· Kekosongan
kerusi Parlimen atau DUN
· Kematian
wakil rakyat
· Perletakan
jawatan wakil rakyat
· Perlucutan
jawatan wakil rakyat
[2 markah]
(d) Jelaskan
syarat yang membolehkan seseorang itu menjadi calon untuk bertanding dalam
pilihan raya.
· Warganegara
Malaysia
· Berumur 21
tahun
· Bermastautin
di Malaysia
· Sempurna
akal
· Bukan
seorang muflis
· Tidak
memegang jawatan dalam perkhidmatan awam
· Tidak pernah
didenda lebih daripada RM 2 000.00
· Tidak pernah
dipenjara lebih daripada 12 bulan
· Tidak
membuat akuan taat setia kepada negara luar.
[3 markah]
(e) Mengapakah
setiap warganegara harus melibatkan diri dalam proses pilihan raya ?
· Melibatkan
diri dalam pemerintahan negara
· Mengekalkan
amalan demokrasi
· Memilih
kerajaan yang berwibawa
· Memilih
wakil rakyat yang berkebolehan
· Menjamin
pemerintahan yang adil
· Memastikan
pentadbiran berjalan lancar
· Mana-mana
jawapan munasabah
[2 markah]
No comments:
Post a Comment