Kuasa budi
bicara Yang di-Pertuan Agong
1.
Yang di-Pertuan Agong:-
a) Melantik Perdana Menteri
b) Boleh tidak menyetujui atau menolak
permintaan Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen.
c) Boleh membuat permintaan supaya
suatu mesyuarat Majlis Raja-raja diadakan semata-mata untuk membincangkan
hal-hal berkaitan dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, atau kebesaran raja-raja
dan mengambil sebarang tindakan dalam mesyuarat itu.
2. Kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong termaktub dalam
Perkara 40 Fasal (2) Perlembagaan Persekutuan.
Sekatan
Terhadap Kuasa Yang di-Pertuan Agong
1. Yang di-Pertuan Agong tidak boleh
menjalankan tugas-tugasnya sebagai raja di negeri baginda kecuali:
a)
sebagai Ketua Agama Islam
b)
meminda Perlembagaan Negeri
c)
melantik seorang Pemangku Raja
2. Yang di-Pertuan Agong tidak boleh:-
a)
memgang apa-apa jawatan lain yang
mempunyai apa-apa saraan.
b)
mengambil bahagian secara aktif
dalam apa-apa syarikat perniagaan dan parti-politik.
c)
menerima apa-apa jua jenis
pendapatan yang kena dibayar kepada baginda sbagai raja negeri baginda.
d)
tanpa persetujuan Majlis raja-raja
meninggalkan Persekutuan selama lebih daripada 15 hari kecuali atau sebab
lawatan rasmi.
e)
mengampuni diri sendiri, permaisuri
baginda, dan anak-anak baginda.
3. Yang di-Pertuan Agong boleh didakwa
di Mahkamah Khas Raja-raja dalam kes sivil dan kes jenayah atas sifat peribadi
baginda.
4. Kuasa Pengampunan bagi:-
a)
Yang di-Pertuan Agong, handaklah
dijalankan oleh Majlis Raja-raja.
b) Permaisuri dan anak-anak Yang di-Pertuan Agong hendaklah
dijalankan oleh raja sesebuah negeri yang dinamakan oleh Majlis Raja-raja
Peletakan
Jawatan Yang di-Pertuan Agong
1.
Yang di-Pertuan Agong:-
a) boleh meletakkan jawatan pada
bila-bila masa.
b) hendaklah mengutuskan surat
peletakan jawatan yang ditandatangani oleh baginda kepada Majlis Raja-raja.
c) Mesti berhenti daripada memegang
jawatannya apabila baginda berhenti daripada menjadi raja negeri baginda.
d) Hendaklah berhenti daripada
menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong jika baginda dituduhkan atas
sesuatu kesalahan dalam Mahkamah Khas Raja-raja.
2. Peletakan jawatan Yang di-Pertuan Agong tidak perlu
diberitahukan kepada Parlimen kerana tidak perlu mendapat persetujuan Parlimen.
Pemecatan Yang
di-Pertuan Agong
1. Yang di-Pertuan Agong hanya boleh
dipecat daripada jawatan baginda oleh Majlis Raja-raja.
2. Majlis Raja-raja boleh memecat Yang
di-Pertuan Agong pada bila-bila masa dan atas apa-apa jua sebab.
3. Sesuatu ketetapan untuk memecat Yang
di-Pertuan Agong tidak boleh diluluskan melainkan mendapat sokongan lima orang daripada sembilan orang Majlis
Raja-raja.
4. Dalam hal pemecatan Yang di-Pertuan Agong, anggota –anggota
Majlis Raja-raja boleh bertindak menurut budi bicara masing-masing.
No comments:
Post a Comment