Pilihan raya di Malaysia diadakan setiap lima tahun sekali. Pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Parlimen dibubarkan oleh Yang di - Pertuan Agong ( sehingga 90 hari bagi Sabah dan Sarawak ). Terdapat tiga pihak yang terlibat dalam sesuatu proses pilihan raya , iaitu badan yang mentadbir pilihan raya , pengundi dan calon yang bertanding.
Pilihan Raya Umum (PRU)
|
Tarikh
|
PRU 1
|
19 Ogos 1959
|
PRU 2
|
25 April 1964
|
PRU 3
|
10 Mei 1969
|
PRU 4
|
24 0gos 1974
|
PRU 5
|
8 Julai 1978
|
PRU 6
|
22 April 1982
|
PRU 7
|
3 Ogos 1986
|
PRU 8
|
21 Oktober 1990
|
PRU 9
|
6 April 1995
|
PRU 10
|
30 November 1999
|
PRU 11
|
21 Mac 2004
|
PRU 12
|
8 Mac 2008
|
PRU 13
|
5 Mei 2013
|
SEJARAH PILIHAN
RAYA DI MALAYSIA
§ Pada 27 Julai 1955, pilihan raya persekutuan
yang pertama di tanah melayu telah diadakan. Antara parti dalam pilihan raya
ialah
- Parti PERIKATAN yang terdiri daripada UMNO,MCA dan MIC dan PERIKATAN bertanding di 52 kerusi .
- Parti negara pimpinan Datuk Onn mengemukakan 33 orang calon .
- Parti islam Se-Tanah Melayu(PAS) dengan 11 orang calon .
- Parti lain yang mengambil bahagian dalam pilihan raya ini ialah Parti Buruh,Parti Kemajuan Perak,Pertubuhan Kebangsaan Perak dan Pertubhan Melayu .
§ Dalam sistem demokrasi berpalimen, rakyat ialah
penentu kepada pembentukan kerajaan melalui pilihan raya umum yang diadakan
setiap lima tahun sekali . Pilihan raya umum diadakan untuk memilih wakil-wakil
parlimen . Memilih wakil-wakil Dewan Undangan Negeri untuk mengetuai kerajaan
negeri .Sekiranya YDPA membubarkan Parlimen, pilihan
raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran parlimen dan Dewan Undangan
Negeri . Bagi Sabah dan Sarawak
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA
- · Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia(SPR)ialah sebuah suruhanjaya yang mengelia, mengelola dan bertanggungjawab dalam urusan pilihan raya di Malaysia.
- · Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memberikan kuasa pada SPR untuk mengadakan pilihan raya umum ke atas Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri serta mengadakan pilihan raya kecil jika berlaku kekosongan
KEANGGOTAAN SPR
- · Semasa penubuhannya,SPR dianggotai oleh seorang pengerusi dan dua orang ahli . Berikutan dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963,bilangan ahli SPR telah ditambah kepada 3 orang
- · Pada tahun 1981, pindaan ke atas perkara 114 Perlembagaan Persekutuan dibuat bagi membolehkan pelantikan seorang Timbalan Pengerusi
- · Ahli-ahli SPR dilantik oleh YDPA selepas berunding dengan Majlis Raja-raja
Syarat kelayakan ahli SPR ialah :
- berumur tidak lebih daripada 65 tahun
- seorang yang tidak muflis
- tidak memegang jawatan bergaji yang lain
Bagi membolehkan SPR menjalankan
fungsinya,suruhanjaya ini membentuk sebuah urus setia yang diketuai oleh
seorang setiausaha. Setiausaha ini berperanan sebagai
ketua pentadbir bagi urus setia berkenaan .
FUNGSI SPR
- · Mengkaji dan membuat persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya .
- · Menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan penyemakan daftar pemilih
- · Menjalankan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil
- · Mendaftarkan calon-calon yang bertanding dan memastikan calon-calon memenuhi kriteria dan kelayakan yang diperlukan
PROSES PILIHAN RAYA
Sistem dan proses pilihan raya di Malaysia melibatkan beberapa langkah :
- SPR menetapkan tarikh penamaan calon dan mengundi
- Penamaan calon
- Menyiapkan manifesto
- Kempen pilihan raya
- SPR memaklumkan tempat mengundi dan tempat mengira undi
- Proses mengundi
- Pengiraan undi
- Pengumuman keputusan pilihan raya oleh pegawai pilihan raya
No comments:
Post a Comment