Sistem dan proses pilihan raya di Malaysia melibatkan beberapa langkah :
- SPR menetapkan tarikh penamaan calon dan mengundi
- Penamaan calon
- Menyiapkan manifesto
- Kempen pilihan raya
- SPR memaklumkan tempat mengundi dan tempat mengira undi
- Proses mengundi
- Pengiraan undi
- Pengumuman keputusan pilihan raya oleh pegawai pilihan raya
|
Proses Pilihan Raya
|
Penerangan
|
|
Penamaan Calon
|
·
Pilihan raya diadakan sekiranya ada calon yang
didaftarkan untuk bertanding.
·
Jika ada seorang sahaja calon untuk bertanding
di kawasan pilihan raya itu, calon akan diisytiharkan menang tanpa
bertanding.
·
Seorang calon boleh bertanding atas nama parti
atau secara perseorangan sebagai calon bebas.
·
Kertas penamaan calon akan dihantar kepada
pegawai pengurus oleh calon sendiri, pencadang atau penyokong pada jam 9.00
pagi sehingga 10.00 pagi pada hari penamaan
·
Kertas penamaan calon akan dipamerkan pada jam
10.00 pagi sehingga jam11.00 pagi untuk diteliti dan menerima bantahan
·
Wang deposit berjumlah RM 10,000 bagi kerusi
Parlimen dan RM 5,000 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri perlu diserahkan
sebelum atau pada hari penamaan calon kepada pegawai pengurus SPR (calon
hilang deposit sekiranya gagal mendapat 1/8 jumlah undi semua calon bagi
sesuatu kerusi yang dipertandingkan)
|
|
Kempen Pilihan Raya
|
·
Kempen hanya boleh bermula selepas selesai
proses penamaan calon dan berakhir pada jam 12.00 tengah malam sebelum hari
mengundi dengan mematuhi garis panduan yang dikeluarkan.
·
Calon dibenarkan membelanjakan wang untuk
tujuan berkempen iaitu tidak melebihi RM 200,000 bagi kerusi Dewan Rakyat dan
RM 100,000 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri
·
Parti politik dibenarkan membentangkan
manifesto masing – masing
·
Deposit akan dipulangkan sekiranya calon
menanggalkan poster, sepanduk dan lain – lain dalam tempoh 14 hari selepas
hari mengundi.
|
|
Proses mengundi
|
·
Terdapat dua jenis pengundian, iaitu :
-pengundian biasa oleh
pengundi yang berdaftar di hari mengundi
-pengundian pos melibatkan :
ü
Petugas pilihan raya
ü
Anggota polis dan anggota polis hutan serta
pasangannya
ü
Ahli panel dan pegawai SPR
ü
Mana – mana kategori yang ditetapkan oleh SPR
sebagai layak mengundi secara pos
ü
Parti politik dibenarkan mengadakan bilik
operasi 50 meter dari tempat mengundi
ü
SPR akan menyediakan barung SPR di pusat
mengundi bagi membantu pengundi menyemak nombor siri di dalam daftar pemilih
dan salran pengundian
ü
Pengundi akan memilih calon dengan menandakan “x”
sebelah nama calon yang dipilih dalam kertas undid an memmasukkan kertas undi
dalam peti undi yang disediakan.
|
|
Pengiraan undi
|
·
Pengiraan undi dijalankan oleh ketua tempat
mengundi di tempat mengundi atau tempat pengiraan undi yang ditetapkan
·
Hanya beberapa orang yang dibenarkan berada
semasa proses pengiraan undi dijalankan iaitu:
I.
Ahli dan Pegawai SPR
II.
Pegawai yang dilantik oleh SPR
III.
Kerani mengira undi
IV.
Calon, wakil dan ejen mengira undi bagi
memastikan pengiraan undi dilkukan dengan adil, betul dan telus
·
Keputusan pengundian kan dikemukakan kepada
Pegawai Pengurus Pilihan Raya di pusat penjumlahan rasmi undi. Keputusan penuh
diperoleh dengan menjumlahkan semua keputusan dari tempat – tempat mengundi
|
|
Keputusan Pilihan Raya
|
·
Calon yang mendapat undi terbanyak akan
diisytiharkan menang oleh Pegawai P engurus kawasan pilihan raya
·
Keputusan bagi seluruh kawasan pilihan raya
akan diumumkan dan parti yang menang dengan kelebihan kerusi majority akan
membentuk kerjaan
·
Keputusan pilihan raya boleh dicabarkan di
mahkamah oleh mana – mana pihak yang tidak berpuas hati dengan mengemukakan
petisyen rayuan
·
Petisyen pilihan raya perlu dekemukakan kepada
mahkamah tinggi dalam masa 21 hari delepas tarikh keputusan pilihan raya
disiarkan dalam warta. Sekiranya keputusan pilihan raya tersebut diputuskan
batal oleh hakim, SPR akan mengelurkan notis untuk mengadakan pilihan raya
baru bagi bahagian berkenaan
·
Sesuatu petisyen boleh dibuat atas sebab:
I.
Sogokan, peras ugut atau sebarangsalah laku
yang mungkin telah menjejaskan pilihan raya
II.
Ketidakpatuhan undang – undang dan peraturan
pilihan raya oleh mana – mana pihak
III.
Perbuatan rasuah atau perbuatan menylahi
undang – undang yang dilakukan oleh calon atau ejen
IV.
Calon atau ejen didapati tidak layak menyertai
pilihan raya
|


No comments:
Post a Comment