Friday, 23 September 2016

YANG DI - PERTUAN AGONG (YDPA)
Yang di - pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja - Raja mengikut aturan yang terkandung dalam Jadul Ketiga Perlembagaan Persekutuan. Baginda dipilih dalam kalangan sembilan orang raja Melayu dari sembilan buah negeri ( Perlis , Kedah , Kelantan , Terengganu , Perak , Selangor , Pahang , Negeri Sembilan dan Johor ) secara bergilir - gilir dalam tempoh lima tahun.


CIRI - CIRI KELAYAKAN MENJADI YANG DI - PERTUAN AGONG


  1.  Hanya Raja - Raja sahaja dipilih selepas Raja memberi perkenan untuk dipilih.
  2. Hanya Raja - Raja sahaja yang boleh mengundi.
  3. Sekiranya seorang Raja tidak dapat berangkat dalam Majlis Pemilihan, seorang Raja itu dan layak mengundi sebagai "proksi"
CIRI - CIRI KETIDAKLAYAKKAN MENJADI YANG DI - PERTUAN AGONG
  1. Raja itu belum dewasa.
  2. Raja itu telah memberitahu Penyimpan Mohor Besar Raja - raja bahawa baginda tidak berhasrat dipilih.
  3. Majlis Raja - raja mengambil ketetapan dengan undi sulit bahawa Raja itu adalah tidak sesuai untuk menjalankan fungsi - fungsi yang di - pertuan Agong disebabkan oleh kelemahan akal dan tubuhnya atau kerana sebab - sebab lain. ketetapan ini memerlukan sekurang - kurangnya undian daripada lima orang Raja. 

No comments:

Post a Comment