Friday, 23 September 2016

RAJA BERPERLEMBAGAAN

 Maksud Raja Berperlembagaan
kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem berperlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua negara dan perlembagaan sebagai undang - undang tertinggi negara.

  • sistem raja perlembagaan
  • sistem demokrasi berparlimen
  • sistem persekutuan
- Yang di - Pertuan Agong dan Majlis Raja - Raja merupakan institusi dalam sistem Raja Perlembagaan.

-Yang di - Pertuan Agong sebagai ketua negara dipilih secara bergilir - gilir daripada sembilan raja negeri - negeri yang ada.

- urutan : Negeri Sembilan , Selangor , Perlis , Terengganu , Kedah , Kelantan , Pahang , Johor dan Perak. 

- Menyandang jawatan selama lima tahun.

KESEIMBANGAN DALAM SISTEM RAJA BERPERLEMBAGAAN

- Yang di - Pertuan Agong merupakan ketua utma negara mempunyai kedudukan istimewa.
- mempunyai imuniti dalam hal- hal rasmidan tidak boleh didakwa di dalam mahkamah melainkan dalam mahkamah khas raja -raja.
- bagi pihak rakyat pula, setiap individu mendapat pelbagai hak dari segi perlindungan undang - undang dan kedudukan sebagai warganegara.


 FUNGSI LAIN YANG DI - PERTUAN AGONG

  1. Sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata.
  2. Menjaga hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
  3. Sumber penghormatan dan kebesaran.
  4. Menghadiri pelbagai majlis dan acara.
  5. Berkuasa mengurniakan pengampunan dan menangguhkan hukuman bagi kesalahan yang dibicarakan oleh mahkamah Tentera dan semua kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.


KEBAIKAN SISTEM RAJA BERPERLEMBAGAAN


  1. Hanya terpilih sahaja boleh dipilih , iaitu menurut darah keturunan tetapi di dalamnya itu tersemat dan tersisip peraturan yang bercorak demokrasi moden (pemilihan secara moden).
  2.  Yang di - Pertuan Agong mempunyai kuasa mengatasi segala Raja - Raja Melayu sepanjang tempoh perlantikannya. 
  3. Pemilihan Ketua Negara datang daripada kalangan sembilan Sultan yang memerintah negeri - negeri Melayu jika dibandingkan degan Sistem Beraja Ebgland di mana mereka hanya datang daripada satu keluarga sahaja.

2 comments: